Apa yg berlaku hari ini telah berlaku semalam,tidak kiralah kesenagan,kemewahan,kegembiran atau pun kematian,dan sebagainya lah.semuanya tidak lari dari takdir dan ketentuan pencipta rab sekelian alam.mahu tidak mahu kita terpaksa menerimanya dengan redha dan berserah kepadanya.mungkin apa yang telah ditetapkannya itu pasti ade hikmah disebaliknya.ataupun paling tidak pun ia hendak menguji hambanya yang mana sama ada dugaan yang dihadapi itu mendekatkan diri nye kepada ALLAH atau pun menjauhkan diri daripadanya.tidak semua yang kite lalui di dunia ini hanya lah indah-indah belaka dan tidak juga semua buruk-buruk belaka.sesunguhnya ALLAH itu maha adil.dan bersangka baik dengan takdir ALLAH ini adalah antara jalan keluar bagi segala ujian ALLAH.
Apa yang saya nak kata di sini adalah,hidup ini bagaikan roda ada kalanya kita hidup di atas tidak mustahil kita satu hari nanti berada dibawah dengan kehendaknya.adakalanya kite berasa mudah,semuanya dipermudahkan oleh ALLAH sama ada dalam apa bentuk pekerjaan pun.tetapi tiba satu hari bile ditimpa musibah kehidupan kita berkemungkin celaru tidak terurus dengan baik kerana mahu lari dari masalah atau cabaran yang dihadapi. penyelesaiannya sekarang bagai mana kita tanggani masalah dan dugaan yang ALLAH berikan ini?
Ada orang menerima dugaan dan masalah dengan pelbagai cara antaranya:
Pertama-marah.yaitu ketika menghadapi musibah dia marah baik dengan hatinya seperti benci terhadap rabbnya ataupun marah terhadap takdir ALLAH keatasnya kadang kadang sampai ketahap kekufuran
Kedua-sabar.biar la pahit rasanya dan tidak disukai tetapi dengan keimanan dia boleh membawa kepada sabo
Ketiga-redha.bila kita bersabar dan kita redha maka darjatnya lebih tinggi.sebab dia sandarkan kepada qadha dan qadar .walaupun sedih dia sanggup untuk merenaginya kemana dia pergi bersama samanya ketentuaan ALLAH itu tadi.tidak kira lah senang atau sulit
Bezanya sabar dengan redha.pada pendapat saya la secara peribadi.bagi orang redha ini adanya musibah ataupun tidak, senang atau sulit ,suka atau duka maka dia anggap sama kerana dia lihat semua musibah adalah ketentuaan ALLAH.tapi ia tidak bermakna hati seseorang tu sudah mati atau keras.sabar pula kemungkinan dia tak menyukainya tetapi dia dapat sabar
Keempat-bersyukur.ini la martabat paling tinggi.dan ini la golongan yang paling sedikit seperti yang disebut dalam quran.sebab bukan mudah kita nak bersyukur bila kita berada dalam kesulitan dan musibah.banyak orang hanya bersyukur bile dia menerima sesuatu yang cukup berharga bagi mereka sesuatu yang boleh dikatakan nikmat la.
Saya tutup dengan satu hadis dari bukhari :
“Tidaklah seseorang muslim itu ditimpa keletihan kelelahan sakit sedih duka dan ganguan ataupun gundah gulana sampai satu duri yang menusuknya kecuali ALLAH akan menghapuskannya kesalahan kesalahannya”


credit~~~harizazman

Kita sebagai pelajar,merantau jauh nun dinegeri orang semata mata untuk menimba ilmu moga-moga balik ke neraga asal dapat berkhidmat untuk masyarakat dan agama.walaupun hidup berjauhan dengan keluarga tercinta ,keseronokan belajar di Negara asing tak dapat dinafikan. kesunyian ,kerinduaan kita kepada keluarga dapat diubati sedikit sebanyak kerana perbezaan budaya dan bangsa membuatkan kita rasa sukar untuk dilupakan.banyak yang kita perolehi bile mana kita bermusafir ke Negara orang.dalam keadaan selesa kita belajar tanpa ganguan kita digegarkan dengan berita kematian la sebagai misalannya.sebab saya ambil contoh kematian kerana semua akan merasainya.jadi kematian itu tadi menimpa sanak saudara keluarga kita yang terdekat di Negara tanah tumpahnya darah kita.

Perasaan yang tenang menjadi haru biru,gelisah gundah gulana meyelubungi hati.kesedihan tu memang tak perlu diperkatakkan lagi la.semua orang akan sedih.tapi kalaulah diberi peluang untuk kita membantu dalam apa bentuk skali pun maka kita mesti membantu.betol tak?Akan tetapi kita tak berdaya dek kerana kemampuan kita yang terbatas.boleh jadi kita lemah dalam masalah kewangan misalannya.bahkan tenaga kita sekali pun tak dapat membantu oleh kerana jarak yang memisahkan kita antara mereka.Cuma doa saje lah yang dapat diberikan dan dihulurkan agar

Dan pada masa itu lah kita terasa amat dekat dengan tuhan kita. Baru la kita sedar bahawa dunia dan kehidupan ini hanya lah tempat persinggahan semata-mata untuk kita bercucuk tanam dan hasilnya kita bawa ke akhirat kelak. ALLAH yang menciptakan semua yang ada di langit dan dibumi.dan dia juga yang menciptakan kematian .sudah menjadi sunnahtullah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. kematian yang tak mengira umur tua atau muda kecil atau besar sihat atau sakit.kematian akan menjemput kita walaupon kita cuba untuk menghalangnya degan tembok yang kukuh sekali pun

Tapi bile ketentuan ALLAH ini dating kepada kita apekah persediaan yang kita buat?atau kita sendiri telah ada persiapan untuk kematian.jadi sama-sama la kita fikir kemana nak kita bawa hidup kita ini kalau bukan semua nya untuk kematian dan akhirat kita



artikel nie pernah saya edit dari satu risalah dan bentangkannya dlm perhimpunan pelajar taun 1 di irbid.saya harap ia dpt dikongsi bersama-sama:-

Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.
Nabi s.a.w bersabda :-
ثلاث مهلكات : : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )
Ada yang terdetik di sudut hatinya.
"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"
Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya dan hatinya tawadhu'.
Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah swt.
Ada yang terdetik :
"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."
Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.
DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL
Lagi detikan :-
"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"
Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa darinya.
Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah, malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.
Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.
Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan pendakwah di luar sana.
Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.
Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :
"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu"
PALING ALIM
Selain dari itu, ada yang terdetik :
"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"
Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain. Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-

وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui" ( Yusuf : 76 )
Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-
كل الناس أفقه من عمر
Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud, 6/276 )
Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-
أي فوق كل ذي علم رفعه الله بالعلم من هو أعلم منه حتى ينتهي العلم إلى الله تعالى والكمال في العلم معدوم من غيره
Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad AL-Masir, 4/262 )

Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi

Mengenai Saya

Foto saya
"sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertakwalah kepada ALLAH miga perolehi rahma".(al-hujrat ayat 10) ape yg penting hanyalah dapat bermanfaat kepada masyarakat dlm ape saluran pun.mengaharapkan nasihat dan teguran dari sesiapa yg lebih tahu dari hamba ini

Pengikut

Kedai Kopi

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Lintas Langsung

Kalender Hijri

GIFC

Cari Kerja