Penjelajahan ku kan bermula pada 22 haribulan 1 ni ke sebuah Negara yang mana menjadi kegemaran bagi pelajar-pelajar timur tengah terutamanya Jordan untuk sampai ke tempat tersebut.perjalanan telah ku rancang 3 minggu sebelum ku pergi.kemungkin disertai oleh 6 orang kawan ku.penjelajahan ku ini tidak la semata kerana seronok mahupun tuk megisi masa kosong semata-mata.tetapi lebih kepada untuk aku mengumpul seberapa maklumat tentang budaya,cara hidup masyarakat asing yang mana semestinya menjanjikan kelainan setiap kali ku menjelajah.

Bagi ku ia merupakan satu kepuasan bila ku berjalan.mencari erti kehidupan dengan bergaul dengan masyarakat asing .sebelum ini aku telah mengembara ke Syria.setiap kali ku bermusafir ke Syria pasti ada benda yang baru ditemui walaupun telah lalui di tempat yang sama.banyak lagi tempat-tempat di Syria yang masih belom ku ketahui khazanah dan permata di dalam nya .

Dan ku beharap pengembaraan ku kali ini menjanjikan satu kepuasan,biar lah di dalam nya ku tempuhi macam-macam halangan dan badai yang menimpa kerana tu selalunya akan menjadi satu kenangan bila ku ingat kembali pada satu hari nanti.

Kembali kepada penjelajahan ku ke sebuah Negara ni iaitu Turkey

Apabila menyebut Istanbul di Turki, maka biasanya orang akan mengenang jasa Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka kota tersebut daripada pemerintahan Byzantine. Sultan Muhammad al-Fateh memang benar seorang pemerintah yang berwibawa dan berjaya memimpin ketumbukan tentera yang soleh untuk membuka Constantinople. Akan tetapi bukan beliau yang memulakan itu.

Yang memulakannya ialah Rasulullah SAW. Dilaporkan selepas selesai menggali parit di dalam perang Khandaq, Rasulullah bersabda seperti yang diriwayatkan di dalam Musnad Imam Ahmad:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Kamu akan membuka kota Constantinople, (di tangan) sebaik-baik pemerintah itulah pemerintah pada waktu tersebut, dan juga sebaik-baik tentera ialah tentera pada waktu tersebut (yang membebaskan Constantinople).

Sahabat nabi yang sudah tentu kenaifan tercengang apabila mendengar sabda nabi Muhammad tersebut. Bagaimana mungkin tentera Islam dari kawasan kering kontang tanpa tamadun di Semenanjung Tanah Arab, mampu untuk menawan kuasa besar dunia ketika itu iaitu kerajaan Byzantine? Sungguh besar visi atau janji yang dilancarkan oleh nabi Muhammad SAW.

Tu di antara dalil yang menyebabkan aku rasa teringin sangat hendak menjejakkan kaki kesana.dan diantara maklumat yang ku perolehi tentang tukey ini ialah ia Sebuah Negara yang terletak di Mediterranean yang mana ia dikelilingi oleh bulgaria ,Greece dan Syria .Pernah menjadi sebuah negara yang gah dan gemilang pada zaman empayar turki utmaniyyah.kemudian Negara tersebut telah di terapkan dengan sistem sekular oleh kamal artatuk walaupun penduduk di situ secara majority hampir 85-90% adalah islam.populasi penduduk mencecah hampir 75,000000 dan kebanyakannya menetap di Bandar-bandar.i tu secara ringkas apa yang saya dapat cerita setakat ini berdasarkan maklumat yang saya ada.tetapi insyaALLAH maklumat lanjut saya akn cerita bile saya pulang dari pengembaraan tu sendiri.

Kemungkinan saya bercadang akan menuju ke turkey melalui jalan darat.sesiapa yang bercadang nak melalui jalan darat anda di nasihatkan untuk berhubung dengan pihak berkuasa seperti kedutaan.kerana turkey mempunyai sempadan darat dengan lapan Negara dan hubungan turkey dengan sebahagian Negara Negara jirannya mungkin ade sedikit ketegagan yang boleh mempengaruhi visa anda untuk tembus masuk ke Negara tersebut.jadi itu lah sedikit maklumat yang saya ingin kongsi bersama anda semua.insyaALLAH sekembalinya saya nanti saya akan tambah maklumat berkenaan turkey ini.sekian


credit utk wan

Berkorban apa saja harta atau pun nyawa.tu lah antara lirik lagu yang dinyanyikan oleh arwahyarham tan sri p ramlee.walaupun pergorbanan yang kita lakukan selama ini suatu yang subjektif yang susah untuk kita ukur sebanyak mana seseorang itu berkorban tapi tu lah yang patut kita lakukan untuk mendapt sebuah ganjaran yang telah di tetaokan oleh ALLAH.sebuah taman yang dipenuhi segala macam benda yang kita tak dapt bayangkan bagai mana indahnya kurniaan ALLAH tersebut.ALLAH tidak akan terlepas pandang bagi mereka yang berkorban diatas jalannya.setiap pengorbanan pasti ada ganjarannya mahaupun pengorbanan itu kecil atau pun besar.seperti mana firman ALLAH yang bermaksud:

Sesunguhnya ALLAH telh membeli dari orang mukmin diridan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka

Contoh yang cukup banyak dapat kita perolehi samaada ia ditunjuk oleh nabi-nabi dan rasul kesayangan ALLAH ataupun orang yang membelakangkan hukumnya.sebagai contoh pengorbanan salahuddiin al ayubi membebaskan kota muqadis dari gengaman tentera salib. Ketika mana mengepung sebuah Bandar Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. ia dapat menahan sakitnya. Lalu berkata:-"Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

dan ketika ia meninggal dunia Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham Tiada rumah-rumah, barang-barang,tanah,kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya.Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pebelanjaan pengkebumiannya.Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos tersebut pengkebumian itu.kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya

.

Sedar lah bahawa untuk berkata dan menyuruh kita berjuang dan berkorban perkara yang amat mudah tetapi mengaplikasikan atau mempraktikan merupakan suatu yang amat komplex.




1-tahun baru 2010

New year itu lah istilah yang sering kita dengar dan menjadi bualan masyarakat remaja di ambang menjelangnya tahun baru.dan dalam sekelip mata. Tahun baru sudah menjelma. Tetapi apakah yang telah anda lakukan selama ini?Walaupun kita terperangkap di antara hiruk-pikuk duniawi dan permasalahan diri, kita semestinya perlu berasa bersyukur kerana dapat menghembus nafas dengan aman.tidak ada kacau bilau di Malaysia mahupun di Jordan sendiri. Kali ini aku ingin menyentuh bab new year kita sambut baru-baru ini dan peristiwa yang berlaku pada ketika itu.

2-maal hijrah

Peristiwa penghijrahan Nabi daripada Mekah ke Madinah pada 622 Masihi adalah merupakan momen penting dalam sejarah Islam. Dengan penghijrahan ini,maka khalifah umar ibn khattab telah memutuskan(berijtihad) untuk mengwujudkan kalender islam

Awal Muharram tidaklah begitu banyak diraikan dan diamati. Pada hari ini, umat Islam berhenti dan merenungkan tentang peristiwa dalam sejarah kita, dan merenungkan makna dan signifikansi yang ada disebalik peristiwa tersebut.Hijrah bererti berpindah dari satu ke satu yang baru, tempat yang buruk atau situasi. Simbolisme munculnya dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang

Jadi ape kah yang patut kita buat bila peristiwa ini berlaku.dan diantaranya ialah:

· Sunnah Berpuasa

Di bulan Muharram ini terdapat sebuah hari yang dikenal dengan istilah Yaumul 'Asyuro, yaitu pada tanggal sepuluh bulan ini. Asyuro berasal dari kata Asyarah yang berarti sepuluh.
Pada hari Asyuro ini, terdapat satu sunah yang diajarkan Rasulullah saw. kepada umatnya untuk melaksanakannya dalam bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala. Yaitu ibadah puasa, yang kita kenal dengan puasa Asyuro

3-gerhana bulan dan matahari

Gerhana bulan yang di jangka terjadi pada malam bergantinya tahun 2009 ke tahun 2010. Gerhana bulan ini akan terjadi pada hari khamis malam Jumaat (1/1/2010) sekitar pukul 12.15 am dan mencapai puncaknya pada pukul 02.22am. dan Pada 15 Januari 2010 juga akan terjadi gerhana matahari cincin yang juga merupakan gerhana matahari

Sebahagian orang menganggap terjadinya gerhana matahari dan bulan sebagai gejala alam biasa, sebagai peristiwa ilmiah yang biasa dicanang. Gerhana sekadar menjadi tontonan menarik yang mungkin boleh disaksikan secara beramai-ramai. Namun bagi yang merasa tunduk kepada keagungan Sang Perncipta, Allah SWT, gerhana adalah peristiwa penting yang menunjukkan bahwa ada kekuatan Yang Maha Agung di luar batas kemampuan manusia.Mereka yang merasa rendah di hadapan Sang Pencipta akan menadahkan muka, menghadap Allah, mengerjakan shalat secara berjamaah. Dan ini yang telah dituntut oleh Rasulullah SAW

5-malam jumaat

JUMAAT mempunyai banyak keistimewaan dan kemuliaannya. Jumaat penghulu segala hari ialah hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar dalam seminggu bagi kehidupan Muslim. Pada Jumaat, Allah menciptakan Adam sebagai manusia pertama di muka bumi dan Allah menurunkannya ke bumi juga pada Jumaat.

Pada hari itu jugalah Allah terima taubat Adam yang melanggar larangan-Nya ketika di syurga. Adam wafat pada Jumaat.

Selain itu, banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada Jumaat yang meninggalkan sejarah untuk kaum Muslimin antaranya kemenangan Nabi Muhammad SAW dalam perang Badar dan sekali gus dapat memasuki kota Makkah.

Sementara pasukan Salahuddin Al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam pertempuran Hittin dan berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman orang Kristian. Peristiwa lain tidak kurang penting untuk diingati ialah berhasilnya Umar Al-Khattab menyelamatkan kota Palestin.

Kemuncak kepada kemuliaan, keagungan dan kebesaran Jumaat ialah apabila Allah mewajibkan solat fardu Jumaat bagi lelaki sementara hari lain mereka diwajibkan menunaikan solat Zuhur.

Jadi Apakah kaitan diantara peristiwa yang saya sebut ini semua.tak lain tak bukan peristiwa yang berlaku pada hari yang sama cuma bagaimana kita melihat dan menilai dari sudut persepkif diri kita yang kita hendak.yang islam kah atau yang bertentangan dengan nya.bagaimana kita menyambut hari-hari islam dan hari-hari bukan islam.adakah kita mengambil berat tentangnya atau tidak.

Jadi kesimpulan kita perlu:

1. Syukur atas Usia yang diberikan Allah
Umur adalah nikmat yang diberikan Allah pada kita, amat jarang kita syukuri. Jadi marilah kita memperbaiki kesalahan yang kita perbuat, menambah amal soleh sebagai bekalan menghadap Allah.

2. Muhasabah (introspeksi diri) dan istighfar.
pekara ini adalah hal yang amat penting yang perlu dilakukan oleh setiap muslim. Karena yang pastinya waktu yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi, samaada disedari atau tidak, kematian akan datang bila-bila masa dan apa yang bermanfaat saat itu hanyalah amal soleh. Pergantian tahun bukan sekedar pergantian kalender di rumah kita, namun peringatan bagi kita apa yang sudah kita lakukan tahun lalu, dan apa yang akan kita buat esok.



Apa yg berlaku hari ini telah berlaku semalam,tidak kiralah kesenagan,kemewahan,kegembiran atau pun kematian,dan sebagainya lah.semuanya tidak lari dari takdir dan ketentuan pencipta rab sekelian alam.mahu tidak mahu kita terpaksa menerimanya dengan redha dan berserah kepadanya.mungkin apa yang telah ditetapkannya itu pasti ade hikmah disebaliknya.ataupun paling tidak pun ia hendak menguji hambanya yang mana sama ada dugaan yang dihadapi itu mendekatkan diri nye kepada ALLAH atau pun menjauhkan diri daripadanya.tidak semua yang kite lalui di dunia ini hanya lah indah-indah belaka dan tidak juga semua buruk-buruk belaka.sesunguhnya ALLAH itu maha adil.dan bersangka baik dengan takdir ALLAH ini adalah antara jalan keluar bagi segala ujian ALLAH.
Apa yang saya nak kata di sini adalah,hidup ini bagaikan roda ada kalanya kita hidup di atas tidak mustahil kita satu hari nanti berada dibawah dengan kehendaknya.adakalanya kite berasa mudah,semuanya dipermudahkan oleh ALLAH sama ada dalam apa bentuk pekerjaan pun.tetapi tiba satu hari bile ditimpa musibah kehidupan kita berkemungkin celaru tidak terurus dengan baik kerana mahu lari dari masalah atau cabaran yang dihadapi. penyelesaiannya sekarang bagai mana kita tanggani masalah dan dugaan yang ALLAH berikan ini?
Ada orang menerima dugaan dan masalah dengan pelbagai cara antaranya:
Pertama-marah.yaitu ketika menghadapi musibah dia marah baik dengan hatinya seperti benci terhadap rabbnya ataupun marah terhadap takdir ALLAH keatasnya kadang kadang sampai ketahap kekufuran
Kedua-sabar.biar la pahit rasanya dan tidak disukai tetapi dengan keimanan dia boleh membawa kepada sabo
Ketiga-redha.bila kita bersabar dan kita redha maka darjatnya lebih tinggi.sebab dia sandarkan kepada qadha dan qadar .walaupun sedih dia sanggup untuk merenaginya kemana dia pergi bersama samanya ketentuaan ALLAH itu tadi.tidak kira lah senang atau sulit
Bezanya sabar dengan redha.pada pendapat saya la secara peribadi.bagi orang redha ini adanya musibah ataupun tidak, senang atau sulit ,suka atau duka maka dia anggap sama kerana dia lihat semua musibah adalah ketentuaan ALLAH.tapi ia tidak bermakna hati seseorang tu sudah mati atau keras.sabar pula kemungkinan dia tak menyukainya tetapi dia dapat sabar
Keempat-bersyukur.ini la martabat paling tinggi.dan ini la golongan yang paling sedikit seperti yang disebut dalam quran.sebab bukan mudah kita nak bersyukur bila kita berada dalam kesulitan dan musibah.banyak orang hanya bersyukur bile dia menerima sesuatu yang cukup berharga bagi mereka sesuatu yang boleh dikatakan nikmat la.
Saya tutup dengan satu hadis dari bukhari :
“Tidaklah seseorang muslim itu ditimpa keletihan kelelahan sakit sedih duka dan ganguan ataupun gundah gulana sampai satu duri yang menusuknya kecuali ALLAH akan menghapuskannya kesalahan kesalahannya”


credit~~~harizazman

Kita sebagai pelajar,merantau jauh nun dinegeri orang semata mata untuk menimba ilmu moga-moga balik ke neraga asal dapat berkhidmat untuk masyarakat dan agama.walaupun hidup berjauhan dengan keluarga tercinta ,keseronokan belajar di Negara asing tak dapat dinafikan. kesunyian ,kerinduaan kita kepada keluarga dapat diubati sedikit sebanyak kerana perbezaan budaya dan bangsa membuatkan kita rasa sukar untuk dilupakan.banyak yang kita perolehi bile mana kita bermusafir ke Negara orang.dalam keadaan selesa kita belajar tanpa ganguan kita digegarkan dengan berita kematian la sebagai misalannya.sebab saya ambil contoh kematian kerana semua akan merasainya.jadi kematian itu tadi menimpa sanak saudara keluarga kita yang terdekat di Negara tanah tumpahnya darah kita.

Perasaan yang tenang menjadi haru biru,gelisah gundah gulana meyelubungi hati.kesedihan tu memang tak perlu diperkatakkan lagi la.semua orang akan sedih.tapi kalaulah diberi peluang untuk kita membantu dalam apa bentuk skali pun maka kita mesti membantu.betol tak?Akan tetapi kita tak berdaya dek kerana kemampuan kita yang terbatas.boleh jadi kita lemah dalam masalah kewangan misalannya.bahkan tenaga kita sekali pun tak dapat membantu oleh kerana jarak yang memisahkan kita antara mereka.Cuma doa saje lah yang dapat diberikan dan dihulurkan agar

Dan pada masa itu lah kita terasa amat dekat dengan tuhan kita. Baru la kita sedar bahawa dunia dan kehidupan ini hanya lah tempat persinggahan semata-mata untuk kita bercucuk tanam dan hasilnya kita bawa ke akhirat kelak. ALLAH yang menciptakan semua yang ada di langit dan dibumi.dan dia juga yang menciptakan kematian .sudah menjadi sunnahtullah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. kematian yang tak mengira umur tua atau muda kecil atau besar sihat atau sakit.kematian akan menjemput kita walaupon kita cuba untuk menghalangnya degan tembok yang kukuh sekali pun

Tapi bile ketentuan ALLAH ini dating kepada kita apekah persediaan yang kita buat?atau kita sendiri telah ada persiapan untuk kematian.jadi sama-sama la kita fikir kemana nak kita bawa hidup kita ini kalau bukan semua nya untuk kematian dan akhirat kita



artikel nie pernah saya edit dari satu risalah dan bentangkannya dlm perhimpunan pelajar taun 1 di irbid.saya harap ia dpt dikongsi bersama-sama:-

Cabaran dan ujian datang dalam bentuk yang pelbagai. Bagi yang beramal ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat. Merasa keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang telah diusahakan.
Nabi s.a.w bersabda :-
ثلاث مهلكات : : شح مطاع و هوى متبع وإعجاب المرء بنفسه
Ertinya : Tiga pemusnah (amalan), kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan merasa agung dan hebat dengan diri" ( Riwyaat Al-Bazzar & At-Tabrani, Hadis Hasan : ALbani )
Ada yang terdetik di sudut hatinya.
"Aku hebat, akulah sentiasa solat berjemaah di masjid"
Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya malah jauh lebih khusyu solatnya dan hatinya tawadhu'.
Benar, sedarkah kita bahawa walaupun kita sentiasa ke masjid, namun kebiasaannya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid atau surau itu. Mungkin sekali sekala kita yang terawal namun dalam banyak keadaan kita bukan yang terawal. Malah jika yang terawal sekalipun ia belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah swt.
Ada yang terdetik :
"Akulah hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam."
Sedangkan ia lupa ramai lagi yang lebih lama telah berjuang darinya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani dari dirinya.
DAHSYATNYA AKU, SIBUK BETUL
Lagi detikan :-
"Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah..hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini"
Ada yang merasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang dari merasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa darinya.
Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah ia terlupa dek kerana keghairahan memuji dirinya, terdapat ramai lagi yang lebih sibuk darinya dalam hal dakwah, malah 5 -6 ceramah setiap hari. Malah ada yang jauh lebih sibuk dari bercermaha. Iaitu mereka yang berjuang dalam penulisan kitab 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.
Lupakah dirinya, terdapat ramai yang berjuang namun bukan sekadar memberi ceramah tapi mereka sudah sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti-inti ceramah tersebut sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan. Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat ummat dari sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.
Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahnlah ianya sedikit malah perasaan sebegini akan menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah swt. Inilah nasihat buat saya dan rakan-rakan pendakwah di luar sana.
Rasulullah s.a.w mengajar kita, dalam hal keagamaan untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih dari kita, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
Namun adalah malang ramai yang mengamalkan hadis ini secara terbalik. Dalam hal dunia sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu dari segala hukum halal haram.
Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk darinya, lalu mengganggap dirinya agak lebih baik. Seperti kata :
"ala orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu"
PALING ALIM
Selain dari itu, ada yang terdetik :
"Akulah antara yang teralim dan paling mendalam"
Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain. Sedangkan terleka dari firman Allah swt :-

وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
Ertinya : "..dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui" ( Yusuf : 76 )
Inilah yang menjadikan Khalifah Umar Al-Khattab berkata :-
كل الناس أفقه من عمر
Ertinya : Semua orang lebih faham dari Umar al-Khattab (Tafsir Ibn Su'ud, 6/276 )
Inilahyang disebutkan oleh Ibn Qayyim :-
أي فوق كل ذي علم رفعه الله بالعلم من هو أعلم منه حتى ينتهي العلم إلى الله تعالى والكمال في العلم معدوم من غيره
Ertinya : ertinya di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, terdapat mereka yang lebih mengetahui darinya sehinggalah tamat pada ilmu Allah swt, dan yang sempruna dalam ilmu tidak selain Allah( Zad AL-Masir, 4/262 )

Ya Allah, diminta jauh dari penyakit sebegini hinggap di dalam hati-hati kami. Perlulah dikethaui bahawa antara punca datangnya penyakit ini adalah hasil pujian-pujian menggunung yang diperolehi




pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu
moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun
bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :


1. Pertama kali saya harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara
terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu
pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi
muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar
habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam
kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman
sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah
menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat
memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk
nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. Hendaklah anda
semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan
itu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan
menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung
kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan
di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang
yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan
besar terhadap dakwahnya.

3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda
mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada
anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.
Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta
membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat
membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.
Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori
barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam
sejak zaman berzaman.

Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda
bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang
bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling
munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan
meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul
dan baik.

Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka
mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah
mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul
dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan
pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh
dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah
diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana
akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas
dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini
sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang
seri yang berlandaskan Islam.

Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa
perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak
didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu
berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu
tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah
Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun
orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat,
yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang
utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah
barisan anda.Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang
telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin,
kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka
itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah
dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang
berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang
awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda
jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga
mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,
meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya
mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi,
seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di
negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.

Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup
tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh
di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan
undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang
fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka
sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang
tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang
mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki
nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan
mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam
kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini
memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti
berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat
menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda
dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas
jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara
hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara
yang tidak selamat akibatnya.
Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan
tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di
dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana
pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan
membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju
pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan
luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan
kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan
membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu
dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini
memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan
di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut
sesuka hati mereka.

Mengenai Saya

Foto saya
"sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertakwalah kepada ALLAH miga perolehi rahma".(al-hujrat ayat 10) ape yg penting hanyalah dapat bermanfaat kepada masyarakat dlm ape saluran pun.mengaharapkan nasihat dan teguran dari sesiapa yg lebih tahu dari hamba ini

Pengikut

Kedai Kopi

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Lintas Langsung

Kalender Hijri

GIFC

Cari Kerja