pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu
moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun
bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :


1. Pertama kali saya harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara
terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu
pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi
muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar
habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam
kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman
sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah
menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat
memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk
nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. Hendaklah anda
semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan
itu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan
menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung
kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan
di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang
yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan
besar terhadap dakwahnya.

3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda
mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada
anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.
Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta
membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat
membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.
Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori
barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam
sejak zaman berzaman.

Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda
bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang
bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling
munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan
meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul
dan baik.

Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka
mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah
mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul
dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan
pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh
dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah
diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana
akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas
dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini
sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang
seri yang berlandaskan Islam.

Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa
perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak
didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu
berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu
tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.

4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah
Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun
orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat,
yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang
utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah
barisan anda.Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang
telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin,
kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka
itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah
dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang
berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.

5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang
awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda
jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga
mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,
meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya
mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi,
seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di
negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.

Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup
tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh
di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan
undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang
fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka
sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.

6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang
tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang
mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki
nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan
mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam
kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini
memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti
berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat
menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda
dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas
jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara
hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara
yang tidak selamat akibatnya.
Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan
tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di
dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana
pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan
membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju
pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan
luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan
kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan
membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu
dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini
memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan
di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut
sesuka hati mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
"sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertakwalah kepada ALLAH miga perolehi rahma".(al-hujrat ayat 10) ape yg penting hanyalah dapat bermanfaat kepada masyarakat dlm ape saluran pun.mengaharapkan nasihat dan teguran dari sesiapa yg lebih tahu dari hamba ini

Pengikut

Kedai Kopi

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Lintas Langsung

Kalender Hijri

GIFC

Cari Kerja