Penjelajahan ku kan bermula pada 22 haribulan 1 ni ke sebuah Negara yang mana menjadi kegemaran bagi pelajar-pelajar timur tengah terutamanya Jordan untuk sampai ke tempat tersebut.perjalanan telah ku rancang 3 minggu sebelum ku pergi.kemungkin disertai oleh 6 orang kawan ku.penjelajahan ku ini tidak la semata kerana seronok mahupun tuk megisi masa kosong semata-mata.tetapi lebih kepada untuk aku mengumpul seberapa maklumat tentang budaya,cara hidup masyarakat asing yang mana semestinya menjanjikan kelainan setiap kali ku menjelajah.

Bagi ku ia merupakan satu kepuasan bila ku berjalan.mencari erti kehidupan dengan bergaul dengan masyarakat asing .sebelum ini aku telah mengembara ke Syria.setiap kali ku bermusafir ke Syria pasti ada benda yang baru ditemui walaupun telah lalui di tempat yang sama.banyak lagi tempat-tempat di Syria yang masih belom ku ketahui khazanah dan permata di dalam nya .

Dan ku beharap pengembaraan ku kali ini menjanjikan satu kepuasan,biar lah di dalam nya ku tempuhi macam-macam halangan dan badai yang menimpa kerana tu selalunya akan menjadi satu kenangan bila ku ingat kembali pada satu hari nanti.

Kembali kepada penjelajahan ku ke sebuah Negara ni iaitu Turkey

Apabila menyebut Istanbul di Turki, maka biasanya orang akan mengenang jasa Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka kota tersebut daripada pemerintahan Byzantine. Sultan Muhammad al-Fateh memang benar seorang pemerintah yang berwibawa dan berjaya memimpin ketumbukan tentera yang soleh untuk membuka Constantinople. Akan tetapi bukan beliau yang memulakan itu.

Yang memulakannya ialah Rasulullah SAW. Dilaporkan selepas selesai menggali parit di dalam perang Khandaq, Rasulullah bersabda seperti yang diriwayatkan di dalam Musnad Imam Ahmad:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Kamu akan membuka kota Constantinople, (di tangan) sebaik-baik pemerintah itulah pemerintah pada waktu tersebut, dan juga sebaik-baik tentera ialah tentera pada waktu tersebut (yang membebaskan Constantinople).

Sahabat nabi yang sudah tentu kenaifan tercengang apabila mendengar sabda nabi Muhammad tersebut. Bagaimana mungkin tentera Islam dari kawasan kering kontang tanpa tamadun di Semenanjung Tanah Arab, mampu untuk menawan kuasa besar dunia ketika itu iaitu kerajaan Byzantine? Sungguh besar visi atau janji yang dilancarkan oleh nabi Muhammad SAW.

Tu di antara dalil yang menyebabkan aku rasa teringin sangat hendak menjejakkan kaki kesana.dan diantara maklumat yang ku perolehi tentang tukey ini ialah ia Sebuah Negara yang terletak di Mediterranean yang mana ia dikelilingi oleh bulgaria ,Greece dan Syria .Pernah menjadi sebuah negara yang gah dan gemilang pada zaman empayar turki utmaniyyah.kemudian Negara tersebut telah di terapkan dengan sistem sekular oleh kamal artatuk walaupun penduduk di situ secara majority hampir 85-90% adalah islam.populasi penduduk mencecah hampir 75,000000 dan kebanyakannya menetap di Bandar-bandar.i tu secara ringkas apa yang saya dapat cerita setakat ini berdasarkan maklumat yang saya ada.tetapi insyaALLAH maklumat lanjut saya akn cerita bile saya pulang dari pengembaraan tu sendiri.

Kemungkinan saya bercadang akan menuju ke turkey melalui jalan darat.sesiapa yang bercadang nak melalui jalan darat anda di nasihatkan untuk berhubung dengan pihak berkuasa seperti kedutaan.kerana turkey mempunyai sempadan darat dengan lapan Negara dan hubungan turkey dengan sebahagian Negara Negara jirannya mungkin ade sedikit ketegagan yang boleh mempengaruhi visa anda untuk tembus masuk ke Negara tersebut.jadi itu lah sedikit maklumat yang saya ingin kongsi bersama anda semua.insyaALLAH sekembalinya saya nanti saya akan tambah maklumat berkenaan turkey ini.sekian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
"sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertakwalah kepada ALLAH miga perolehi rahma".(al-hujrat ayat 10) ape yg penting hanyalah dapat bermanfaat kepada masyarakat dlm ape saluran pun.mengaharapkan nasihat dan teguran dari sesiapa yg lebih tahu dari hamba ini

Pengikut

Kedai Kopi

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Lintas Langsung

Kalender Hijri

GIFC

Cari Kerja